Wednesday, December 7, 2011

Salam Perkenalan

Raja Nazrin

Fungsi Bahasa Melayu

Bahasa Kebangsaan

“Bahasa Jiwa Bangsa” dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam memupuk
perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara
berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
Sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah
bertanggungjawab untuk memaju dan memperkaya bahasa Melayu. Kepentingan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini berpaksikan Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan, selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta
Pendidikan yang sedia ada.

Dasar Bahasa Kebangsaan

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan
satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar
bagi satu identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan
melalui sistem pelajaran kebangsaan, sebagaimana tercatat dalam mukadimah akta
Pendidikan seperti berikut:

“........dan untuk merancangkan satu sistem pelajaran iaitu bahasa kebangsaan adalah
bahasa pengantar yang utama.”

Di samping memenuhi keperluan menjadi lambang penyatuan, penubuhan satu bahasa
kebangsaan juga timbul daripada semangat kebangsaan yang mahukan bahasa penjajah
diambil alih oleh bahasa bumiputera.

Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa
Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan
adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi,
barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya, iaitu propaganda, pembinaan dan perluasan
penggunaannya.

Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan. Dasar bahasa ini juga dianggap bermula dengan idealisme, iaitu untuk
menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu menerusi pembentukan budaya kebangsaan
selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai
identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada
negara, memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam, menegak persatuan
antara kaum-kaum yang mendiami negara ini dan menobatkan bahasa Melayu sebagai
sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara.

Bahasa Rasmi

Menurut Kamus Dewan (1970:59), bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa
perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan
institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan
selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Menurut Ainon Mohammad (1984), bahasa rasmi pula bererti peranan bahasa Melayu
sebagai saranan pembinaan negara dalam semua urusan, terutama pentadbiran negara.

Justeru, bahasa rasmi membawa maksud bahasa yang digunakan dalam sistem
pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentadbiran dan dalam upacara-upacara
rasmi. Bahasa rasmi mungkin mempunyai lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah
negara. Secara rasminya bahasa Melayu dinobatkan pada 1 September 1967, yakni 10
tahun selepas hari kemerdekaan. Ia menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Persekutuan
Malaysia. Perisytiharan ini berlaku akibat tindakan parlimen meluluskan undang-undang
perasmiannya. Perisytiharan tersebut dibuat melalui titah Diraja yang disiarkan menerusi
radio dan televisyen, dianggap sebagai satu detik era baharu bagi orang Melayu. Dengan
kenaikan taraf ini, kesan positif wujud terhadap orang Melayu dan bahasa Melayu terjamin.

Jika diteliti dengan mendalam, kita boleh mengatakan bahawa dengan meningkatnya taraf
tersebut, bahasa Melayu kian meluas digunakan sebagai bahasa perpaduan antara kaum.
Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu melalui bahasa. Pelbagai
masyarakat akan menggunakan bahasa Melayu untuk mengeratkan hubungan antara satu
sama lain. Mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak
langsung, masyarakat bukan Melayu menerima bahasa Melayu dan menganggapnya
penting sebagai alat perpaduan bangsa.

Walau bagaimanapun, usaha-usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi telah menghadapi berbagai-bagai kesulitan serta tentangan, daripada orang Melayu
sendiri dan juga orang bukan Melayu. Pemasalahan datang daripada pelbagai arah dan
berbagai-bagai persoalan ditimbulkan; persoalan politik, persoalan sikap, ekstremisme kaum yang memungkinkan berlakunya ketidaksefahaman dan perpecahan antara
kaum.Antara isu yang diketengahkan adalah seperti berikut:

 Bahasa Melayu tidak sesuai dan tidak layak menggantikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

 Ramai intelek khususnya guru masih belum fasih menggunakan bahasa Melayu

 Penguasaan terhadap bahasa Melayu tidak penting

 Bahasa Melayu tidak mempunyai standard, hanya sesuai digunakan oleh
golongan bawahan

 Bahasa Melayu tidak sesuai digunakan dalam bidang kehakiman dan pendidikan

Di samping itu, golongan yang menyetujui dan menerima bahasa Melayu menganggap
bahasa tersebut :

 Layak menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan bahasa
pengantar di sekolah-sekolah

 Bahasa Melayu mempunyai beberapa kelebihan tersendiri; mudah dipelajari,
semua kaum boleh bertutur dalam bahasa tersebut.

 Ia paling sesuai dijadikan bahasa rasmi berbanding dengan bahasa Cina atau
Tamil

 Bahasa Inggeris adalah bahasa penjajahan

Oleh sebab ketegasan, pihak kerajaan telah mengeluarkan surat pekeliling Am No.12,
tahun 1967 untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu secara rasminya.

Melalui pekeliling ini, bahasa Melayu perlu digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi dalam
pentadbiran harian, bahasa pengantar di sekolah, surat-menyurat rasmi kerajaan yang
meliputi semua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri. Hingga kini bahasa Melayu
masih lagi teguh dan berdiri tegak sebagai bahasa rasmi walaupun sering kali menerima tohmahan dan kritikan daripada pelbagai pihak. Diharapkan bahasa Melayu akan kekal
sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Bagaimanadan Faktor Pemilihan Sebagai Bahasa Rasmi

Seperti yang dihuraikan di atas dan setelah melalui beberapa rintangan dan halangan,
bahasa Melayu tetap berdiri teguh dan kukuh sebagai bahasa rasmi walaupun laluan yang
ditembus ipenuh dengan duri dan onak. Pelbagai faktor boleh diketengahkan yang
menyebabkan bahasa Melayu hadir sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di
sekolah-sekolah. Antaranya adalah seperti berikut:

 Sejarah negara sejak zaman Srivijaya, membawa kepada pemerintahan kolonial
telah terbukti penggunaan bahasa Melayu sebagai linguafranca di rantau ini.

 Penggunaan bahasa Melayu oleh pelbagai kaum.

 Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di negeri Melayu
Bersekutu.

 Bahasa Melayu dipilih kerana mudah dipelajari dan difahami.

 Bahasa Melayu dipilih kerana faktor penyatupaduan rakyat. Akan mewujudkan
suatu suasana kebangsaan yang melibatkan semua rakyat tanpa mengira kaum.

 Bahasa Melayu penting dalam urusan pentadbiran dan sistem pendidikan negara.

 Bahasa Melayu mempunyai ‘historicity, autonomy, ethnicity dan validity’.


Cara bahasa menyatupadukan rakyat

Selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengantar utama bagi semua peringkat
prasekolah dan pengajian. Pendidikan bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah
memenuhi hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis daripada aspek intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan
penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pendidikan bahasa Melayu sekolah
menengah yang meliputi Tingkatan 1 sehingga 5 akan terus meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar remaja
dan memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa dalam pelbagai situasi, sistem bahasa
dan gaya bahasa yang indah. Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah juga
menanamkan kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh
melalui pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusasteraan.

Pemupukan semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia
diberikan penekanan dalam pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah agar pelajarpelajar membina semangat rasa bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya yang dihasratkan.

Di samping itu, bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja dalam
memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk
menyumbang ke arah sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Selain itu, pendidikan
dijadikan sebagai alat yang digunakan untuk perpaduan antara kaum jelas dinyatakan
dalam Penyata Razak 1956. Oleh itu, apabila pendidikan dianggap sebagai alat secara
automatiknya, bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa perpaduan boleh
mengambil bahagian dalam isu menyatupadukan rakyat kerana bahasa Melayu itu
digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam
pelbagai bidang.

Aspek penting untuk menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan adalah melalui pendidikan. Sesungguhnya pendidikan hari ini
telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi negara ke arah
mewujudkan perpaduan kaum. Pendidikan hari ini telah membuktikan bahawa negara
berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan
kesejahteraan negara.

Sejarah telah membuktikan betapa golongan cerdik pandai menentukan jatuh
bangunnya sesebuang bangsa dan negara. Selain daripada itu, penyatupaduan rakyat
dapat mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan kerana sistem persekolahan yang
berbeza-beza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti
bangsa. Oleh itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang
sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak.

Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada
tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran
yang sama. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah,
khususnya untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan
untuk berkomunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai di alek atau
bahasa. Bahasa Melayu turut membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang
menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.

Aktiviti Prabacaan

AKTIVITI PRA BACAAN
Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak.
Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
1. pengamatan penglihatan
2. pendengaran
3. pergerakan mata & tangan.


KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN
Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan unutk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.



KEMAHIRAN PENDENGARAN
Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak –kanak atau membaca kepada kanak-kanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca.

KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN
Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan unutk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang mengunakkan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakkannya.



KAEDAH MENGAJAR BACAAN
Kaedah mengajar bacaan merupakan sebagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan hurf, perkataan dan ayat serta bunyi kepada kanak-kanak.
Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga:
1. Kaedah bunyi/ fonetik
2. Kaedah huruf
3. Kaedah pandang dan sebut
KAEDAH BUNYI / FONETIK
Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua cara mengunaan iaitu:
1. Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain.
Contohnya:
ba + pa = bapa
2. Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan.
Contoh:
b (beh), a (ah) = ba
p(peh), a (ah) = pa
ba + pa = bapa

Kekuatan Kelemahan
Sesuai denagn susuk bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
Bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu diluar perbendaharaan kata mereka. Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyaai makna yang nyata pada mereka.


KAEDAH HURUF
Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a,b,c d sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana yang dikategri sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya kanak –kanak diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.
Vokal a a i
Konsonan s y l r
Gabungan Vokal dan Konsonan sa ya la ri
Perkataan saya lari

Kekuatan Kelemahan
1 Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya
2 Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.
3 Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
4 Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta member keyakinan kepada murid-murid 1. Murid-murid membaca dengan lancar tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.
2. Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.
3. Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak menggunakan kaedah mengeja atau membunyi tetapi mengecam dan membaca.
Peringkat
1. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar. Kanak –kanak diminta untuk mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu.
2. Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
Kekuatan Kelemahan
1 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.
2 Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya
3 Kaedah ini dari awal mementingkan makna.
4 Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mula.
1 Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajar sahaja
2 Kaaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf-huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.
3 Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.
4 Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.